Friday, 1 March 2013

Hukum Menghisap Shisha (Mesti Baca!)


Jika rokok, ada beberapa majlis mufti negeri telah menfatwakan bahawa menghisap rokok itu adalah haram apabila diqiaskan merosakkan tubuh badan itu berdosa. Namun sejak kemunculan shisha sejak beberapa tahun dahulu, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat. Apakah hukum sebenar menghisap shisha. Jom kita dapatkan penjelasan di bawah ini.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas Mufti Arab Saudi,menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak.
 
Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

Dan firmannya lagi:


Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)

Dan kesemua jenis rokok dan
 shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya.

Selain itu, menurut pendapat pakar perubatan, menghisap shisha adalah 400 kali lebih bahaya dari menghisap rokok. Demikian ditegaskan oleh Pakar runding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Datuk Dr. Ramzisham Abdul Rahman. Menurut beliau,
 masa merokok jauh lebih pendek dari menghisap shisha yang kadangkala boleh menjangkau dua jam atau lebih. Wap panas yang disedut boleh memusnahkan cilia atau bulu-bulu roma dalam dada yang boleh menjadikan kita batuk dengan teruk. Ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada paru-paru dan jantung hingga membawa kepada penyakit kronik seperti kanser paru-paru atau kerosakan koronari jantung.

Menurut beliau, ini adalah berasaskan
 satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Tembakau di Britain pada 2010 mendapati menghisap shisha memberi risiko yang jauh lebih bahaya dari menghisap rokok tembakau. Kerana kandungan tembakau herba(bahan tambahan) di dalam shisha memiliki kecenderungan untuk menyimpan kandungan karbon monoksida empat hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding menghisap rokok tembakau.

Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.

Wallahua’lam

Kenapa Wanita Sekarang Memakai Baju Ketat 7 Jul 2012 at 13:11 Variasi 38 comments


Kenapa Wanita Sekarang Memakai Baju Ketat

Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yangsemakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !
2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan danseks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.


~ PERKARA B0LEH MEMBATALKAN IMAN ~


* Syirik : Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat , sifat da perbuatannya .
* Kufur : Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi
                 Muhammad SAW .
* Riddah : Berpaling atau keluar daripada agama lain .
* Khurafat : Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama
                       Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep  tauhid dan syariat .
* Sihir : Ilham berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib , iaitu dengan
               bantuan syaitan atau jin bertujuan memudaratkan manusia .        
* Nifak : Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah .

~ ADAB BERPAKAIAN ~



~  ADAB BERPAKAIAN  ~
* Dimulai denagn doa seperti : “ Dengan nama Allah , wahai Allah , aku minta kepada Engkau daripada pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya . Aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan pakaian ini dan kejahatan apa yang ada padanya .”

* Ketika memakai pakaian disunatkan menyarungkan anggota kanan dahulu , kemudian diikuti yang        kiri .

* Apabila menanggalkan pakaian disunatkan mendahulukan anggota kiri daripada yang kanan .

* Disunatkan berdoa ketika menanggalkan pakaian seperti : “ Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia . “

       ~ PERKARA B0LEH MEMBATALKAN IMAN ~
* Syirik : Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat , sifat da perbuatannya .
* Kufur : Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi
                 Muhammad SAW .
* Riddah : Berpaling atau keluar daripada agama lain .
* Khurafat : Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama
                       Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep  tauhid dan syariat .
* Sihir : Ilham berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib , iaitu dengan
               bantuan syaitan atau jin bertujuan memudaratkan manusia .        
* Nifak : Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah .

13 Perkara Wanita Perlu Jaga



13 Perkara Wanita Perlu Jaga

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian
itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

~ 8 HELAH ‘Tackle’ 0RANG PENDIAM ~

~ 8 HELAH ‘Tackle’ 0RANG PENDIAM ~
    0rang pendiam sememangnya sukar utk didekati . Lebih lagi jika si dia tahu anda menyukainya . Mereka juga sukar sekali utk memulakan sebarang perhubungan . Makanya , andalah yg perlu memulakan langkah perkenalan . Jadi , anda harus bijak memainkan peranan . Ikhlaskan hati anda utk mendekati dan berkenalan dengannya semata-mata kerana Allah SWT . Nak tahu caranya ? Ikuti 8 helah berikut ..

1- Permulaannya jangan terlalu 0bsesi . Mulakan dengan memberi salam dan hadiahkan sekuntum senyuman yg cukup ikhlas buat si dia . Jangan menampakkan anda seperti mahu menggoda .

2- Tanyakan latar belakang si dia pada teman-teman yg rapat dengannya . Namun jangn menampakkan and terlalu berminat dengannya . Sambil berbual kosong , selitkan soalan-soalan berkenaan si dia .

3- Bila sudah tahu serba sedikit perihal dirinya , mudahlah untuk anda mendekatinya . Caranya , anda berpura-puralah meminta pertolongan daripada si dia . Misalnya , anda tahu si dia pakar berkaitan computer , anda mintalah si dia selesaikan masalah tersebut .

4- Keesokannya , anda berlagak seperti biasa dan jangan menegurnya . Kalau terserempak , cukuplah hanya dengan melemparkan senyuman . Lakukan selama seminggu .

5- Menjelang hari kelapan , barulah anda dating semula kepadanya , kemudian sekali anda minta si dia membantu anda . Kali ini , anda cubalah berbual-bual panjang dengannya . Misalnya , Tanya tentang keluarga dan latar belakangnya biarpun sebenarnya anda sudah tahu !

6- Ajak si dia sekali lagi untuk makan tengah hari bersama anda . Bezanya , kali ini hanya anda dan si dia . Tetapi ingat , haruslah di tempat yang terbuka , ya!

7- Setelah keluar , hubungan makin rapat , bukan ? Tetapi , tunggu dulu . Jangan terlalu cepat anda meluahkan  perasaan . Berkawanlah dengannya terlebih dahulu . Kenal hati budinya dan cuba menyesuaikan diri dengannya .

8- Sekiranya si dia masih menolak untuk pelawanan kali kedua ini , sebaik-baiknya lupakan sahaja hasrat anda untuk menawan hatinya atau mungkin juga si dia menerima pelawaan anda , itu bererti peluang anda cerah .

~ 6 SEBAB SI SI DARA JELITA MASIH ‘Single’ ~

Bukan semua si gadis jelita atau anggun sudah berunya . Sekiranya benar , anda mungkin pernah tertanya-tanya mengapa sehingga hari ini anda tidak bertemu pasangan hidup . Anda dikurniakan Allah rupa paras yang sungguh cantik , berkerjaya hebat dan memiliki segalanya . Namun , jauh di sudut hati masih terasa sunyi tanpa cinta daripada kaum Adam . Ikuti enam sebab berikut :

TERLALU JUAL MAHAL
*Kebiasaannya , si gadis jelita ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka . Keegoannya agak tinggi ,. Mungkin si jelita merasakan dirinya digilai ramai . Tetapi , ingatlah kesombongan itu bakal memakan diri anda kelak ! Makanya , bermurahlah hati untuk melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja .

TERLALU KOMITED DENGAN KERJAYA
*Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta . 0rang cantik ini barangkali terfikir yg mereka mudah utk mendapatkan cinta pada bila-bila masa . 0leh kerana itulah cinta sentiasa menjadi n0mbor dua dan kerjaya jatuh n9mbor satu . Namun , mereka lupa usia tidak menunggu kita . 0leh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja , sehingga ke hari ini masih sendiri lagi .

PERNAH DIKECEWAKAN
0leh kerana terlalu serik bercinta , si jelita lebih bahagia bersendirian . Biarpun terlalu banyak yg dating menagih cinta , namun masih belum dapat mengubati lukanya . Baginya , dia tidak perlu mensia-psiakan hidupya denagn lelaki yg tidak pandai menghargai dirinya . Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta .

PERSEPSI SUKAR DIDEKATI
Kaum Adam biasanya menganggap si jelita agak sukar untuk didekati apatah lagi untuk dijadikan sebagai pasangan istimewa . Kononnya , banyak cabaran yg perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-psaingan yg merebut cintanya .Apabila semua sudah beranggapan demikian , maka sampai ke tualah si jelita membujang .

MENCARI PASANGAN IDEAL
Pipit sama pipit , enggang sama enggang . Masakan boleh terbang sama .Begitulah kata pepatah . 0rang cantik pastinya mencari orang yg sepadan dengannya . Namun , harus diingat bukan semua 0rang bertuah boleh hidup bersama dengan insane yg diimpikan . Akurlah pada jodoh yg dating .

BANYAK PILIHAN
Aduh … pening kepala memilih yg mana satu sesuai dijadikan teman hidup . Kalau pilih yg disana , di sini akan terluka . Kalau pilih yg di sini , di sana pulak yg kecewa . Akhirnya dua-dua ditolak . Makanya 
jadilah ‘Single’ sehingga ke hari ini !