Thursday, 21 March 2013



kuih akok

Bahan-bahan (36 biji)
.5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus
Cara-cara
  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4.  
Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.


KASTAD JAGUNG



ASSALAMUALAIKUM WBT ..
KASTAD JAGUNG

BAHAN-BAHAN
:-
30 gm tepung jagung
50 gm gula
1 camb . krim jagung dalam tin
200 ml susu cair
sedikit daram , esen vanilla , dan pewarna
1 biji strawberry


CARA MEMBUAT :-
1 – Kacau 3 camca besar susu cair dengan tepung jagung dlm mangkuk adunan hingga sebati .
2 – Masukkan baki susu cair ke dlm bancuhan tepung dan kacau rata .
3 – Masak adunan di atas api perlahan hingga pekat . Kacau selalu utk menggelakkan adunan bergentel .
4 – Masukkan gula , krim jagung , esen vanila , dan pewarna . kacu rata .
5 – Setelah masak , tuangkan ke dlm acuan agar-agar yg telah dibilas dgn air . Sejukkan .
6 – Keluarkan dari acuan dan hidangkan sejuk di dalam gelas sundae . Hiaskan dgn p0tongan strawberry .


SOS LADA HITAM DAN CENDAWAN

               ASSALAMUALAIKUM WBT ..



SOS LADA HITAM DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :-
1 botol sos lada hitam
1 labu bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 cawan cendawang butang – dihiris nipis
sedikit mentega
sedikit minyak

CARA MEMBUAT :-
1 – Panaskan sedikit minyak . Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau .
2 – Kemudian curahkan satu botol sos lada hitam
3 – Seterusnya masukkan hirisan cendawan butang segar atau dalam tin dan masak sehingga pekat .
4 – Apabila masak , tutup api dan masukkan sedikit mentega .

Wednesday, 13 March 2013

kuih akok


       ASSALAMUALAIKUM WBT ..
klaa .. ari nie Eynah nak Share RESEPI …
     jeng … jeng .. jeng … teng0k kat bawah nieeee …..



sesuai untuk hidangan minum pg/ptg



Kuih Cara
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 cawan air *
  • 1 cawan air daun pandan (kalu xde daun pandan jadikan 2 cwn air)*
  • 1 cawan santan*
  • 1 biji telur*
  • sedikit garam*
  • sedikit gula (guna untuk tabur pada kuih masa masak)
  • sedikit minyak (untuk sapu pada acuan)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan, kalau nak senang blend kan semuanya. Lepas itu kalau adunan itu x berapa hijau boleh gunakan sedikit pewarna hijau. Apabila semua sudah sebati bolehla masukkan kedalam acuan sedikit demi sedikit. taburkan gula diatasnya. tutup acuan guna tudung periuk pun boleh supaya bahagian atas cepat masak. Api haruslah kecik sahaja. Biarkan seketika, kemudian bolehlah angkat.





lepat pisang


                        lepat pisang  Bahan-bahan ( gne cwn besar dpt bnyk, cwn kcik dpt ciput.. )
·         1 cawan (membukit) pisang lecek (+- 3 biji)
·         2 cawan rata tepung pulut
·         1/2 cawan gula pasir @ gula perang @ gula kabung yg dihancurkan.
·         1/2 cawan santan pekat
·         1/2 sudu teh garam
·         daun pisang secukupnya utk membungkus.

Cara-cara
1.    potong daun pisang lalu dilayukan atas api. potong agak lebar spaya bleh digulung 3 kali utk elakkan lepat tersembul. coz bila ini trjadi..amatla buruks rupanyer..huhu..
2.    pastu panaskan pengukus.
3.    kacau gula, garam & santan hingga larut, pastu gaul mesra sehati sejiwa bersama tepung pulut. adunan lebih kurang seperti adunan cekodok pisang yer.
4.   
 ambil sehelai daun, bubuh sesenduk adunan. bungkus lah hingga jd sperti bentuk lepat. jgn bungkus mcm nasi lemak.. nnti kena tukar nama plak..hehe..
5.    last skali, kukuslah hingga masak. lbehkurang 20-25 mnt..
6.    p/s; yg ni akak guna gula pasir jer, sbb tu kaler putih. jika guna gula melaka, kaler dia jd gelap...

BUBUR ANAK LEBAH

                ASSALAMUALAIKUM WBT ..Ari nie Eynah nak  k0ngsi-k0ngsi resepi .. huhuhuuu …
haahaaa .. nie la dia resepinya ialah kuih …………………………………………….
kuih nie baru jew tgk lam tv ( bubur anak lebah ) .. 0hohooo .. s0 itew pun salin jelah ,,ingt an kuih amde la tadi .. ahahaa .. tpi lepas kuih ye siap .. l0rh ,, baru la ambe tau kuih ndew .. ajin maln da ,, hehee ,, Cuma xtau name jee .. skarang da tau la nmee .. hiiiihiiiii …
nanti b0le a trai buat ,, hehee .. k0rang pun trai la jugak … kuih nie sdap jugak (bg eynah la sdp).. tu pun beli  la.. xajin ag wak .. huhu ,, nie da ade resepi b0le a buat .. entah apa yang rasa la ekgi ek … ahooohooo .. insyaALLAH ..  tpi harap-harap faham la resepi yang Eynah salin nie ek ,,
tuu pun Eynah pkat tulis jew .. haahh
aaa ..

BUBUR ANAK LEBAH

Bahan-bahan :- utk kuih

- tepung beras
- air kapur
- air daun pandan
- gula

Cara membuat :-
1- Mula-mula masukkan tepung beras ,sedikit gula ,air kapur , sedikit garam , air daun pandan dan adun/uli menggunakan tangan jeww ..
2- Selepas selesai adun dan adunan pun dah sebati ..
3- Ambil acuan (acuan ye mcm acuan nak wak cend0l 0rh) .
4- Selepas itu ambil adunan yang di uli tadi dan gelek-gelekkan di atas acuan ,, dan biarkan ini jatuh ke dalam puyuk yang berisi air(air hendaklah btul2 panas) dan (acuan ye kene orng lain  pgn plok , dan kite gelek atas acuan) ..
5- Selepas itu masak/rebus sampai masak /adunan ini timbul di permukaan air . Angkat dan t0skan air ..
6- Selepas diangkat dan t0skan air masukkan kuih ini ke dl air sejuk ( Eynah pun xau sbab pe , dlm tv ye wak gitu .. heeeee )  .. dan tos semula air ..

 Bahan-bahan :- untuk ku0h
- santan
- gula
- gula merah
- daun pandan (disimpul)
- garam

Cara membuat :- (dalam puy0k/periuk )
1- Mula-mula masukkan santan , gula , gula merah , air sedikit ,daun pandan sedikit garam ..
2- Selur / perlahankan api dan Kacau-kacau kannya sampai mengelegak dan angkat .
3- da pun siap ..

* ambil kuih tadi dan makan la dgn ku0h nie … ahahahha ,, siap utk dimakan la pl0k … ahohoohoo

~ BERDOALAH UNTUK DAPAT ZURIAT SOLEH ~





ASSALAMUALAIKUM WBT….
  
Heheheee ,, ari nie Eynah nak share d0a kepada k0rang untuk mendapatkan zuriat yang s0leh .. ahahah ,, kepada yang berkenaan jelaa .. huhu .. nak amal lalu xpe g0k .. mybe a k0wt .. hihihiii..
Ayuuhhhh .. !!!
~ BERDOALAH UNTUK DAPAT ZURIAT SOLEH ~
*DOA KEPADA BAYI YANG BARU LAHIR
‘’Aku melindungi kamu(bayi terbabit) dgn kalimah Allah yg sempurna daripada segala gangguan syaitan dan bahaya ular serta bahaya ain(penyakit) .

*DOA MEMINTA TETAPKAN IMAN DAN ISLAM
“Ya Allah! Perbaikilah urusanku , tetapkanlah aku dengan perkataan yg tetap teguh di dunia dan akhirat .

*DOA KETIKA MELIHAT TANAMAN BERBUAH
“Ya Allah! Berkatilah bagi kami dalam buah-buahan kami dan berkatilah bagi kami dalam negeri kami dan berkatilah bagi kami dalam sukatan kami .”

*DOA AWAL BULAN
“Allah Maha Besar . Ya Allah jadikan bulan ini ke atas kami dengan keamanan , keimanan , keselamatan , kesejahteraan dan taufik kepada apa-apa yg dicintai dan diredai oleh-Mu . Sesungguhnya Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Allah .”

*DOA TERKEJUT DARI TIDUR
“Aku berlindung daripada kalimat Allah yg sempurna , daripada kemarahan-Nya , seksaan-Nya dan kejahatan hamba-Nya serta gangguan syaitan dan jangan sampai ia mendatangiku .”

 *DOA MEMOHON KESABARAN DAN KEMENANGAN
“Wahai Tuhan kami , limpahkanlah kepada kami kesabaran , perteguhkan diri kami dan berikanlah kami pertolongan dalam menghadapi kejahatan orang kafir .”

*DOA PADA AKHIR SESUATU MAJLIS
“Maha Suci Engkau wahai Allah dan segala puji bagi bagi-Mu .Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau .Aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau .”

*DOA KEPADA SAUDARA YANG BARU BERKAHWIN
“Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan ke atasmu serta mengumpul kamu berdua(pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan.”

*DOA MENDAPATKAN KETURUNAN BAIK
“Wahai Tuhan kami! Berilah kepada kami daripada sisi-Mu keturunan yang baik kerana sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa .”
*DOA AGAR DIKURNIAKAN ANAK
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri(dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi .”

*DOA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AZAB NERAKA
Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda ini dengan sia-sia , Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami daripada azab neraka .”