Thursday 21 March 2013

BISKUT KACANG




BISKUT KACANG

BAHAN-BAHAN
:-
120 gm tepung gandum
60 gm mentega
50 gm gula kast0r
30 gm kacang tanah g0reng – ditumbuk
1 biji kuning telur
1 camb . air sejuk – ais batu

 ½ camt . esen vanila
putih telur
secubit garam

CARA MEMBUAT :-
1 – Sediakan dulang pembakar dan griskan dgn mentega .
2 – Panaskan ketuhar pada suhu 170
oc .
3 – Ayak tepung bersama daram ked lm mangkuk adunan .
4 – Potong mentega sejuk beku menjadi ketulan kecil . Gaul dan ramas mentega dgn tepung sehingga menjadi seperti serbuk r0ti .
5 – Masukkan guka dan kacang ke dlm adunan . Gaul rata .
6 – Masukkan kuning telur , ais sejuk , dan esen vanila ke dlm adunan dan jkacau rata .
7 – Uli sedikit dan canai biskut di atas papan canai setebal 3 mm .
8 – Bentukkan biskut dgn penerap yg sesuai mengikut bentuk yg dipilih .
9 – Aturkan biskut di atas dulang pembakar .
10 – Gliskan biskut dgn putih telur dan taburkan kacang tanah yg telah ditumbuk di atasnya  .
11 – Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit atau sehingga warna biskut bertukar menjadi kuning keemasan .
12 – Keluarkan biskut dari ketuhar dan sejukkan di atas redai kek .
13 – Hidangkan biskut di dlm pinggang bulat yg dilapik dgn kertas doily atau simpan di dlm bekas kedap udara apabila biskut telah sejuk .

BISKUT GAJUS NESTUM


Ah-ha..
Malas nk ckp banyak2.. ni resepi kuih lagi satu.. tp bahan2 ni, bleh hasilkan takde laa byk pun.. lebih kurang 50 bijik je. Jadi pandai2 lah gandakan sukatan ye.


BISKUT GAJUS NESTUM

Bahan-bahan
2 cawan nestum- dikisar halus
1/2 cawan serbuk gajus
1/2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder* (*diayak bersama)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising
2 kuning telur
4 camca besar mentega
Hiasan
Kuning telur
Gajus (optional)

Cara membuatnya:
1.          Dalam satu bekas, gaul rata nestum dan tepung yg telah diayak. Ketepikan. Dalam mixing bowl, putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan terus memutar hingga sebati. Masukkan esen vanila.
2.          Perlahanlan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata hingga bersatu. (jangan putar lama2)
3.          Canaikan doh dan terap dengan acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu dengan kuning telur, buat hingga siap.
4.          Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.

Dolu-dolu, time kecik2, pegi beraya je, nampak biskut ni mesti excited. Makan banyak2. Tak cukup lagi, siap tapau dalam tisu. Sebbaik tuan rumah tak menangis. Haha. Yes forever love.. my Almond London....and again..this is my 1st attempt lagi buat biskut ni. Wah tahun ni banyak ahkakk try buat biskut baru. Eh biskut lama tp BARU 1st time nk buat. Alhamdulillah menjadi. Makasih lah pada org2 yg kongsi resepi sedap2 tu. Saya pun jenuh belek mana satu nk amik, mana satu yg btol2 sedap.. nasib baik membuat pilihan yg tepat. ;) Okeh bg yg blom ada resepi biskut yg merantau dari London ni, jom kita tgk!



ALMOND LONDON 


Bahan-bahan 

125 g mentega
225 g tepung gandum* (diayak bersama*)
1 sudu teh emplex*
70 g gula icing
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
100 biji badam berkulit - dipanggang terlebih dahulu


Hiasan 

500 g coklat masakan
1/3 camca teh shortening
Badam cincang yg di panggang



Cara membuatnya:
1-   Putar mentega dan gula sehingga sebati, masukkan esen vanila dan kuning telur, dan putar sehingga rata.

2-   Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh lembut.
3-Ambil secubit doh, balutkan pada sebiji badam yg sudah dipanggang tadi. Bentukkan bujur dan susun dlm dulang pembakar dan bakar pada suhu 175C selama 15-20 minit
atau kuning keemasan.
5-Cairkan coklat masakan dengan cara double-boiler. Tambahkan lemak sayuran untuk menjadikan coklat lebih berkilat.
6-Ambil biskut yg sudah dibakar tadi (sudah disejukkan) letak didalam paper cup, dan sudukan coklat cair tadi ke atasnya sehingga menyaluti seluruh permukaan. Taburkan badam cincang di atas. Siap!!!
                                                     
Tadaaaaaaaaaa!

Ohh selama berbulan-bulan, asyik fail buat coklat cair.. rupanya tersalah beli coklat...beli coklat yg poyo2..last2 yg buruk2 balutan jugak yg menjadi..hahaha. Tu lah omputih ckp, don't judge a book by its cover. Degil. :P


Biskut Badam Coklat

Biskut kegemaran masa lampau yg jarang2 ketemu dan jarang2 terjumpa resepinya. Saya cuma ingat kaedah pembuatannya saja sebab penah tgk mak buat dulu. Nak minta resepi kat mak, tatau dah mak letak mana buku resepi dia. Maka saya cari selama bertahun2, teliti cara membuatnya sama ke tak dgn yg mak saya buat. Nahhhh dah jumpa! Walaupun ada terskip step misteri.


 Saya tak ingat resepi ni dari sapa.. Thanks pada empunya resepi. 


BISKUT BADAM COKLAT
Bahan-bahan 

250 g mentega
50 g gula halus
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
200 g tepung kek (saya guna tepung gandum je)
30 g tepung jagung
300 g badam kasar
100 g nestum
250 g coklat masakan (*ini yg mistik ni. Takde dlm kaedah. Jadi saya tukar kepada 50g serbuk koko)

Cara membuatnya:
1-   Putar mentega, gula halus dan kuning telur hingga kembang. Masukkan esen vanila.
2- Masukkan tepung kek, tepung jagung dan serbuk koko (diayak dulu). Kacau rata.
3-   Campur badam kasar bersama nestum dan diuli sebati.

Simpan di dalam peti sejuk, 20 minit. Saya bentukkan mcm gambar di bawah terus. Gulung dlm kertas minyak atau wrapping plastik.

 6-Lepas tu, saya potong2 je dengan pisau letak dlm dulang. Kalau tak, korang bleh je canai dan terap adunan mengikut bentuk kesukaan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.

SIAPPPP!
Takde la molek sgt bentuknya. Hehe. Rasanya mmg kena guna coklat masakan untuk rasa yg lebih pekat dan lazat. Takpe thn depan saya buat lagi ataupun raya haji. hahaa




         ASSALAMUALAIKUM WBT ..
klaa .. ari nie Eynah nak Share RESEPI …
     jeng … jeng .. jeng … teng0k kat bawah nieeee …..
hahaha ..
RESEPI …..


KEK GULA HANGUS

BAHAN-BAHAN
:-
1 ½ Cawan tepung gandum
1 Cawan gula pasir
1 Cawan air panas – jadikan gula hangus

2 biji telur
Cawan minyak jagung
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat

CARA MEMBUAT :-
1 – Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air . Sejukkan .
2 – Satukan telur , susu , minyak dan marjerin di dalam mesin pengisar . Kisar selama 2 minit .
3 – Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat . Kisar lagi .
4 – Masukkan tepung dan kisar lagi hingga sebati .
5 – Tuangkan adunan ke dalam l0yang . kukus adunan tadi di dalam l0yang yang disapukan dengan sedikit minyak . Kukus selama 40 minit hingga 45 minit . Angkat dan hidangkan .

~ Petua Mendapat Anak Kembar~


ASSALAMUALAIKUM …
Hheheheh ,, ari nie nak k0ngsi Petua Mendapatkan Anak Kembar

       ~ Petua Mendapat Anak Kembar ~

Doa untuk mendapatkan anak yang Soleh
.
i) Surah Al-Furqan ayat 74:

Maksudnya :
ahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

ii) Surah Al-Hijr ayat 17 :

Maksudnya :
an Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.

iii) Surah Al-Baqarah ayat 128:

Maksudnya :
ahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

iv) Surah Ali Imran ayat 36:

Maksudnya :
aka apabila Ia melahirkannya, berkatalah ia: ahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-hurapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak soma anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanyu aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan pelharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dan: godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).

Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:

Maksudnya :
alam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!.

ii) Surah As-Syura ayat 50:

Maksudnya :
tau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Petua-petua :-
i) Minta doa daripada orang-orang yang soleh.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 43:

Maksudnya : "Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui
.
ii) Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 35:

Maksudnya :
(lngatlah) ketika isteri lmran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka tenimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
iii) Jangan menzalimi binatang.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 36:

Maksudnya :
aka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:ahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian fuga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".