Thursday 21 February 2013

Demi pakwe, aku korbankan segalenye...


 Message:

Saya berusia 21tahun dan baru sahaja menamatkanpengajian di salah sebuah ipta. Saya mempunyai seorang teman lelaki yang berusia 22 tahun. Kami berkenalan pada tahun lepas.. Dia memberitahu saya, dia meminati saya sewaktu saya di tingkatan 4 lagi.. Tapi saya tidakpernah mengenali dia sehingga la tahun lepas dia berterus terang dengan saya..

Dalam tempoh perkenalan kami, saya sangat selesa dengan dia..dia senang untuk di bawa berbincang, dan tidak pernah melenting bilaada masalah.. tp di awal perkenalan, kami sering bergaduh sehinggakan dia merasakan hubungan kami tidak akan bertahan lama..

Sehingga la saya mendapat panggilan daripada seorang perempuan pada bulan April yg lepas dan dia memberitahu saya bahawa diabercinta dengan teman lelaki saya..

Saya memberitahu teman lelaki saya bahawa saya undur diri dan dia boleh teruskan hubungan dengan perempuan tu tetapi dia tidakmahu dan dia cakap nak buat pilihan.

Saya beri dia masa untuk berfikir dan membuat pilihan. Kemudian dia contact saya lagi dan dia cakap tidak mampu untuk buat pilihansebab dia tak nak melukakan hati mana-mana pihak sedangkan dia x fikir dia memang dah melukakan hati saya dan perempuan tu.

Pada akhirnya, dia membuat pilihan dengan memilih perempuan tu tetapi dia x memberitahu, saya dapat tahu dari pada perempuan tu.Kemudian saya undur diri. Tapi dia tidak mahu melepaskan saya. Dia cakap dia x kuat untuk lepaskan saya dan dia tak boleh tengok sayabersama lelaki lain.

Saya buntu, kadang- kadang saya fikir dia memang betol-betol sayangkan saya. Dia minta saya bersabar dan bertahan, dia suruh sayaberkorban untuk dia sekali nie sahaja. Dia couple dengan perempuan tu dan dalam masa yg sama dia nak saya juga.

Saya cuba bertahan, walaupun saya menderita dan sakit untuk hadapi semua ni. Kami selalu bergaduh benda yang sama dan sayaminta untuk lepaskan saya tetapi dia tidak mahu..

Saya sendiri tidak kuat untuk melepaskan dia sebab saya sangat menyayangi dia.. tetapi sampai bila saya perlu bertahan denganhubungan kami yang saya sendiri tidak tahu pengakhirnya..

Dia beritahu saya, kalau saya betul-betul sayangkan dia, saya akan pertahankan hubungan kami.. banyak kali saya cuba beritahu dia, buat apa saya nak pertahankan hubungan kami sedangkan dia tu hak milik perempuan lain..?

Saya tahu dia keliru dengan perasaan dia sendiri.. setiap kali saya nak tinggalkandia, dia merayu-rayu dan memujuk saya sehinggakanmenangis di depan saya supaya tidak tinggalkan dia..

Saya serba salah dan tak tahu apa yang harus saya lakukan.. saya jd tersepit di tengah-tengah untuk membuat keputusan yang manasaya sendiri tidak tahu jalan yang harus saya pilih.

Saya berkorban segala-galanya untuk bahagiakan dia sehingga sanggup melukakan hatidan perasaan saya sendiri.

Untuk pengetahuan pakar, saya dengan perempuan itu sudah menjadi kawan.. dan dia sering bercerita pasal dia dan teman lelakinya itu.. setiap kali dorang bergaduh, saya akan tenangkan perempuan tu sedangkan dalam hati saya, hanya Tuhan saja yang tahu perasaansaya....

Saya terpaksa merahsiakan hubungan saya dengan lelaki tu sebab saya tak nak lukakan hati dan perasaan dia.. kami sama-samaperempuan dan saya tahu ape perasaan dia.. tapi saya pun tidak sanggup untuk melukakan lelak itu, sebab saya tahu dia menyayangi saya,dia Cuma keliru dengan perasaan dia sendiri..

Saya cuba bahagiakan dia, saya cuba bertahan dan bersabar sebab saya tak nak buat lelak itu sedih, saya korbankan hati dan perasaansaya semata-mata nak jaga perasaan lelak itu, tak nak buat dia sedih lagi.

Saya selalu berdoa supaya saya kuat untuk menempuh semua dugaan ini..  bila diingat balik, saya pun salah dalam hubungan kami sebab dulu saya tidak pernah serius dengan dia.. Saya couple dengan lelaki lain dan dalam masa yang sama saya bercinta dengan dia tapipada akhirnya saya tinggalkan lelaki itu dan memilih dia..

Tetapi apabila hal ini berlaku pada dia, kenapa dia takmampu untuk membuat pilihan sama seperti saya? Saya berani berdepan dengankebenaran apabila memilih dia dan terpaksa melukakan orang lain, tetapi dia tidak pernah cuba untuk memahami saya.

Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini.. Samaada saya perlu bertahan demi lelaki itu atau meninggalkan dia demi menjagahati dan perasaan saya sendiri??

Bantulah saya, saya sangat sedih dan tidak mampu untuk menanggung penderitaan ini lagi. Bantulah saya supaya saya dapat membuatkeputusan yang terbaik.

Miss bie, Johor

No comments:

Post a Comment