Thursday 21 February 2013

~ TAAAKUUUTTT KAAHWIIINNN MUUDAAA ??~


      Kahwin muda banyak cabaran dan dugaannya . Mungkin anggapan orang
 muda tak boleh kawal emosi , belum banyak pengalaman , tak kuat untuk berdepan
tekanan  rumah tangga antara penyebab segelintir keluarga bantah jika anak mereka
ingin kahwin pada usia muda .
    
     Tak semestinya kahwin muda akan berakhir dengan perpecahan . Kalau pasangan itu
 berjanji dan nekad dengan nawaitu yg baik , pasti segalanya akan berjalan dengan lancar
 walaupun aka nada halangannya . Ia perlu diiringi dengan doa dan restu .

     Bagi Nor Shila Jilika yg berkahwin pada usia 21 tahun menjadikan dia lebih matang dan bertanggungjawab .Segala dugaan hidup berdua dihadapi dengan tenang  dan sabar  , apatah
 lagi ada orang yg tersayang disisi .

     “Faktor umur bukan menjadi penghalang kepada seseorang untuk menjadi matang . Apabila sudah melangkah ke alam ini , secara automatic kita perlu tanam dalam fikiran , rintangan harus dihadapi bersama dengan tabah ,”katanya.

     Shila berpendapat , kahwin pada usia muda “best” walaupun perasaan risau sentiasa
 bermain di fikiran .

     “Bila fikirkan kembali , rasa runsing itu adalah fitrah buat sesiapa saja terutama pasangan yang sudah berkahwin .

     “Namun rasa tak tenteram , gundah gulana , susah hati hilang apabila kita tahu ada
keluarga yang menyokong dan suami yg faham peranan dan tugasnya dalam menguruskan keluarga ,”katanya .

     Dia yang kini berusia 21 tahun , menjadikan pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit inikan
 pula suami isteri ‘ sebagai motivasi dalam melayari kehidupan rumah tangga .

     Shila berkongsi  rahsia  dengan menjelaskan , dia sentiasa memaafkan pasangannya
 setiap hari  dan tidak memendam perasaan jika ada yang terbuku di haTi . Bertanya , berbincang dan bertolak ansur adalah kunci kebahagiaan rumah tangga .

     ‘’Nasihat saya kepada orang muda yang ingin kahwin muda tapi masih ragu-ragu , teruskan
 niat anda . Percayalah , kahwin awal bukan bebanan malah ajar kita banyak benda baru
dalam hidup .

     ‘’Tak dinafikan perselisihan aka nada , tapi sentiasa fikir positif . Selagi kita tak bergaduh ,
kita tak akan kenal siapa pasangan kita yang sebenar . Dan ketahuilah , melalui perselisihan juga boleh mengakrabkan lagi hubungan suami isteri , “ katanya .

   ^_^ JIka  ada saudara atau kawan yang ingin berkahwin awal ,sokonglah dengan senang hati .
Sekurang-kurangnya dapat elak perkara yang dilarang agama seperti zina dan seangkatan dengannya . Disamping itu , dapat juga pahala sokong hasrat murni orang untuk bina masjid ..
     ~shuhada mansor ~
       ( 0rang  selalu  pertikaikan golongan yang nak kahwin muda , kononnya  suami  isteri masih berhingus dan takut tak boleh pikul tanggungjawab . Relevannya , kita akan menjadi lebih matang selepas berkahwin . Cabaran dan kemanisan kahwin muda dikongsi dengan SHUHADA MANSOR )


No comments:

Post a Comment