1) KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita
melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia
lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi
yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan
kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu
melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka
apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita
memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah
ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
.
3)
TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia
bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu
menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang
kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada
kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
.
.
4)
TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu
daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik
pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia
akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya
menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti
ketakutan akan azab YANG ESA.
.
.
5)
MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap
diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati
hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa
diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana
baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.
Subhanallah.
.
.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya
yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka
ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka
inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA
dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana
melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
.
.
7)
BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah
mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk
kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka
lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga
mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
No comments:
Post a Comment