Friday 1 March 2013

~ Temu janji pertama , buat Kamu rasa BERDEBAR ~

    Cinta tidak lahir secara tiba-tiba . Ia  menyatukan dua hati dan memerlukan sikap saling faham -
  memahami dan juga factor persamaan antara kedua-keduanya . Temu janji pertama merupakan platform yang terbaik utk pasangan gadis dan teruna mengenali hati budi masing-masing sebelum mengorak langkah lebih jauh dlm hubungan . Ramai remaja yg sudah melalui temu janji pertama namun gagal utk memikat hati pasangan . Peristiwa ini pasti menimbulkan  rasa takut di kalangan remaja hingga ada yg berazan tidak akan jatuh cinta lagi .  Mungkin tip-tip ini akan dapat membantu
kamu utk Berjaya dalam temu janji seterusnya .

  1- Sebelum bersetuju memenuhi temu janji pertama , kamu mesti yakin pada diri kamu bahawa
      orang yg akan ditemui nanti adalah yg berkenan di hati bukannya utk mencuba semata-mata
     atau pun untuk dilayan sambil lewa .

  2- Hilangkan perasaan malu atau mengelabah ketika berhadapan dengan pasangan temu janji kamu
      kerana ia boleh menjejaskan imej dan keyakinan kamu .
  
    3- Pakaian semasa  temu janji mestilah sesuai dan sopan . Pakaian yg menjolok mata seperti  skirt
       pendek , jean ketat serta pakaian yg sangat berkilat amatlah tidak sesuai untuk dipakai oleh si
      gadis . Ia boleh merosakkan imej kamu dan keluarga .

    4- Amalan yg baik  bagi remaja perempuan semasa bertemu ialah kurangkan bercakap dahulu .
        Biarlah si teruna memulakan perbualan dan bercakap lebih . Perbuatan ini menunjukkan
       kesopanan dan kesusilaan seorang gadis .

   5- Begitu juga apabila ketawa , ketawalah sederhana sahaja .

  6- Perlu diingat setiap masa bahawa setiap tingkah laku dan pergerakan kamu sedang diuji dan
      diberikan tumpuan yg paling istimewa oleh pasangan kamu .

  7- Buat gadis , kamu perlu mendengar lebih banyak dari bercerita pada pertemuan pertama
     kerana dalam keadaan yg tidak tenteram kemungkinan besar kamu akan melakukan kesilapan
     dalam perbualan . Ia boleh menyebabkan bahan cerita yg hendak disampaikan tidak tersusun 
     atau kelam kabut .

   8- Jagalah batasan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan ketika dalam proses  perkenalan
        Si gadis perlu membawa rakan sebagai teman dan tidak berseorangan bagi mengelakkan timbul
       sebarang fitnah .

    9- Perubahan air muka dapat menjelaskan jawapan . Dalam keadaan ini kamu harus pandai
        mentafsir perlakuan atau pun reaksi pasangan kamu .

    10- Walau bagaimana sekalipun reaksi pasangan kamu , terimalah ia dengan hati yg tenang
          kerana bunga bukan sekuntum dan lebah bukanlah hanya seekor . Mungkin sudah ditakdirkan
         jodoh kamu dengan pasangan lain .

No comments:

Post a Comment