Friday 1 March 2013

~ Empat Amalan sabar daripada Rasulullah s.a.w ~


 .~ Empat Amalan sabar daripada Rasulullah s.a.w ~

1- Sabar menanggung musibah atau ujian . Terdapat pelbagai ujian yg silih berganti menimpa orang mukmin . Namun jika mukmin itu sabar menghadapi musibah yg disertai tawakal , pasti Allah akan membuka jalannya . 0rang yg sabar mengharungi ujian akan memperoleh pahala yg besar .

2- Sabar dalam melaksanakan kewajipan .Kewajipan dalam Islam ada banyak . Antaranya mengerjakan solat lima waktu , membayar zakat , menunaikan haji apabila mampu , dan sebagainya . Bagi mukmin yg sabar , betapa berat sekalipun kewajipan itu , ia tetap dilaksanakan dengan hati yg ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. .

3- Saabar menahan kezaliman orang terhadap dirinya . Terdapat banyak kezaliman yg dikenakan ke atas orang-orang mukmin yg ingin menegakkan keadialn dan kebenaran . Tetapi bagi mukmin yg sabar ketika menangani kezaliman tersebut , pasti dia akan termasuk di kalangan orang-orang yg dicintai oleh Allah .

4- Sabar menanggung  kemiskinan dan kepapaan . 0rang yg tidak sanggup menahan sabar boleh menjurus kepada mengambil jalan mudah seperti merompak , mencuri , memeras ugut , menipu dan sebagainya . Sebaiknya , mukmin yg sabar menghadapi kemiskinan dengan cara qanaah(cukup) dengan pemberian daripada Allah akan sentiasa dilimpahi keredaan dari-Nya .

           *   Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
                        “Sabar itu ada empat jenis iaitu sabar menjalankan kewajipan , sabar menanggung
             kemiskinan , musibah dan penganiayaan . Sabar menjalankan kewajipan bererti mendapat
             taufik daripada Allah , sabar menanggung musibah bererti mendapat pahala daripada Allah ,
             sabar menahan  penganiayaan orang bererti dicintai Allah dan sabar menanggung kemiskinan
             bererti mendapat keredhaan daripada Allah” .

No comments:

Post a Comment