Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan,
keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah,
tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang
mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat
akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat
berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan
suci.”
.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk
menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat
akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu
berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
.
5.
Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca
al-Fatihah
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah
sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya
itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas
melakukan solat
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada
satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan
solat.”
.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar
secara berjemaah
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh
lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam
hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian
mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada
siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang
bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka
menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami
tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka
pada hari kiamat.’”
.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa
pengetahuan orang yang didoakan
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan
tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada
kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia
berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin
dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang
hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara
kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’
.
10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya
kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat
kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang
mendapat doa malaikat. WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
InsyaAllah… Jom share dengan sahabat anda
No comments:
Post a Comment