Wednesday 13 March 2013

~ PUNCA BAYI JADI KUNING ~


ASSALAMUALAIKUM WBT…
Haish .. disebabkan b0san n xdew buat pape g0k ..
huhuhuuu ,, Eynah nak k0ngsi2 sikit la nie,  ianya berkaitan dengan masalah bayi .. hehe ,, sjew nak k0ngsi2 ..( bukan itew gatal yep) .. hihi ,, ,ane tau lau k0rang perlukannya .. Mybe utk adik k0rang yg baru lahir kew ,, sepupu sepapan kew  dan berbagai-bagai lgi laa …………. Heheeee ..
hah satu ag ,, jgn lupa bce sampai hbis tau .. ehehe ..
lau xb0h bace pun terpulang kpd k0rang laa .. hohoho .. xpksew pun ,, kikikii

haaaaaaaaaaaaaaaaaa ….. tuuuu diaaa …

~ PUNCA BAYI JADI KUNING  ~
Masalah pnyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yg kerap berlaku . Jika ditanya , ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran . Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternative yang digunakan seperti susu kambing , menjemur di pagi hari serta mandi menggunakan ubat tabib Cina .

APAKAH PENYAKIT KUNING DAN BAGAIMANA IA BERLAKU ?
Penyakit kuning , atau jaundis , sebenarnya bkn satu penyakit . Ia berlaku akibat sel darah merah yg pecah . Lebih banyak sel darah merah yg pecah , lebih tinggi kadar jaundis . Bayi terbabit mempunya NAJIS BERWARNA KUNING dan AIR KENCING JERNIH .

Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti :-
*Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu ‘subaponeurotic haemorrhage’.
*Darah bayi yg pekat .Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yg mengalami masalah
-Kencing manis
-Jangkitan kuman
-Jenis darah yg berbeza antara ibu dan anak . Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah se0rang mempunyai darah jenis O .
Dalam keadaan sebegini , jaundis mungkin bermula dlm 24 jam pertama selepas lahir dan tahap mungkin melebihi 340 micromol atau liter.

MENGENALI JAUNDIS
Bayi jaundis b0leh dikenali dgn WARNA KULITNYA YG KUNING .Ia biasanya BERMULA DARI MUKA dan TURUN KE PERUT dan KEMUDIANNYA KE KAKI . Untuk MENGENAL PASTI sama ada bayi anda mengalami jaundis , TEKAN PADA KULITNYA UTK BEBERAPA SAAT dan KEMUDIAN LEPASKAN . SEKIRANYA JAUNDIS ,KULIT  di bahagian YG DITEKAN akan KELIHATAN KUNING .
Sekiranya jaundis itu fisiologikal atau berpunca daripda salah satu sebab diats ,air kencing jadi jernih manakala najis pula kuning .

RAWATAN JAUNDIS
Doktor biasanya akn menganbil darah utk mngenal pasti tahap dan jenis jaundis . Sekiranya perlu , bayi akn diletakkan di bawah lampu fototerapi .Ini akn membantu mngurangkan tahap jaundis . Ketika menjalani rawatan fototerapi , baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dgn cermin mata khas utk mengelakkan kerosakan pada retina . Bayi juga perlu diberi susu dgn lebih kerap dan banyak utk mengelakkan daripada dehidrasi .
Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi , d0ktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah .

RAWATAN TRADISIONAL?
Rawatan menggunakan susu kambing atau ubat mandian tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesanannya .manakala menjemur pula kurang efektif kerana ia bergantung pada cuaca . Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit menggelupas . Pendedahan pada cahaya matahari juga akan membuatkan kulit menjadi delap . Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia tidak ada lagi .

RISIKO TAHAP KUNING YG TINGGI
Tahap kuning yg tinggi boleh mnyebabkan kecacatan pendengatan serta ‘choreoathetoid cerebral palsy’ akibat dari bilirubin (bahan yg mnyebabkan kuning) melekat pada bahagian otak .

SEKIRANYA JAUNDIS BERPANJANGAN ?
Juandis fisiologikal biasanya .hilang pada hari ke-10 utk bayi yg dilahirkan cukup bulan .Sekiranya berpanjangan , beberapa perkara perlu diteliti seperti adakah warna najis dan air kencing n0rmal ?
           Sekiranya warna najis pucat dan warna air kencing gelap , ia menandakan masalah pada hati atau salur hempedu . Kanak-kanak yg menyusu badan sepenuhnya mungkin mengalami jaundis lebih lama . Bagaimanapun , warna najis dan air kencing tetap n0rmal dan jaundis disebabkan susu ibu tidak membahayakan bayi .
          Sekiranya d0ktor mengesyaki bayi mempunyai masalah hati atau salur hempedu , bayi akan dihantar utk pemeriksaan ultrasound . Ini mungkin diikuti dgn pemeriksaan lain utk mengenal pasti punca kuning . Masalah seperti biliary atresia dan choledochal cyst di mana hati dan salur hempedu tersumbat , memerlukan pembedahan sebelum keadaan jadi lebih teruk .

No comments:

Post a Comment