Thursday 7 March 2013

TIGA KESUKARAN BERKAITAN SOLAT


                    TIGA KESUKARAN BERKAITAN SOLAT

*SUKARSEBELUM SOLAT

Orang yang hatinya lalai berasa sukar dan rasa berat untuk solat . Fokus dan keseronokannya terarah pada perkara lain seperti pekerjaan , mesyuarat , hiburan dan permainan .
   Individu seperti ini selalunya tidak mengingati Allah . Jika ingat sekalipun , selalu lupa . Jadi , dia tidak begitu bersungguh-sungguh untuk bangun bersolat dan memperhambakan diri kepada Allah
.

*SUKAR SEWAKTU SOLAT

Apabila solat pun kadangkala tertinggal , malah didirikan dalam keadaan terpaksa , secara ringkas dan mahu cepat selesai , mana mungkin dapat diberikan tumpuan sepenuh hati dan pastinya sukar mendapat khusyuk .
   0rang seperti ini berasa sangat terbeban untuk menyelesaikan tiga atau empat rakaat sehingga kerap pergerakan rukun ibadatnya secara ala kadar , bahkan tidak sempurna seperti dituntut .

*SUKAR MENUNAIKAN TUNTUTAN SOLAT
Ibadat solat bukan sekadar upacara khusus keagamaan semata-mata , sebaliknya mempunyai banyak hikmah seperti mendidik diri agar sentiasa bergantung kepada Allah , menjadi orang berdisiplin dan mencegah kemungkaran .
   Namun , ada yang sukar mengikut tuntutan itu sehingga solatnya tidak lebih sekadar ritual sahaja . Sebab iyu , ada orang bersolat tetapi disiplin tidak terjaga , mengumpat dan menabur fitnah tidak pernah berhenti .
    Dia solat seperti 0rang lain , Cuma dia sukar untuk mengikuti tuntutan solat .Orang seperti ini seolah-olah ibadat dilakukan tidak dihubungkan dengan kehidupan harian , bahkan bidang pekerjaan dan hubungan sosialnya terpisah daripada agama .

No comments:

Post a Comment