Thursday 7 March 2013

USAH BERLEBIHAN KETIKA BERGURAU



USAH  BERLEBIHAN  KETIKA  BERGURAU
Dripada Auf bin Malik al-Asyja’i RA , katanya : “Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah . Lalu kami bertanya kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah ! Bagaimana pendapat anda mengenai mentera ? Jawab baginda : Peragakanlah(bacalah) menteramu itu di hadapanku . Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik .”(Riwayat Muslim)
   HURAIAN
* Kaedah perubatan dalam Islam perlu dipastikan tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunah .
* Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati dan kita disaran berikhtiar untuk mengubatinya ,    namun perlu mengelak daripada terjebak dengan unsur syirik .

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda . “ Sese0rang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar .” (Riwayat Ahmad dan at Tabrani )
   HURAIAN
*Bergurau janganlah berlebihan sampai ke tahap berbohong , mengeluarkan kata-kata kurang manis dan menyinggung perasaan 0rang lain .
*Banyak bergurau boleh menyebabkan hati sese0rang mati dan tanda 0rang kurang cerdik .
*0rang beriman tidak akan bertengkar walaupun dia berasakan dirinya lebih betul , sebaliknya bersabar dan bert0lak ansur .

Daripada Abu Ya’la Shadad bin Aus RA , daripada Rasulullah SAW , katanya . “ Sesungguhnya Allah sudah mewajibkan ihsan atas setiap sesuatu . Apabila kamu membunuh , maka elokkanlah pembunuhan dan apabila menyembelih , el0kkanlah penyembelihan . Hendaklah se0rang daripada menajamkan mata pisaunya dan hendaklah dia melapangkan haiwan sembelihan .”(Riwayat Muslim)
    HURAIAN
*Hadis berkenaan menerangkan mengenai ihsan iaitu berbuat baik . Ia dituntut Allah pada setiap urusan . bahkan b0leh ke tahap wajib terutama berbuat baik kepada ibu bapa dan saudara mara .
*Diterangkan juga  mengenai cara hukuman  terhadap pembunuhan iaitu dengan cara tidak menambahkan lagi seksaan terhadapnya , tidak berlaku zalim dan menyebabkannya menanggung kesakitan sebelum mati .
*Seterusnya , dilarang juga menyeksa  haiwan sama ada ketika mahu menyembelihnya ataupun tidak . Dilap0rkan Ibnu Umar pernah melihat sekumpulan manusia membaling seek0r ibu ayam yang sengaja ditambat , lalu beliau bertanya : “Siapakah yang melakukan ini ? Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat 0rang yang melakukannya .”

Daripada Salmah , katanya , Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang mengatakan sesuatu tidak pernah aku ucapkan , maka menepati tempat duduknya di neraka .”(Riwayat Muslim)
  
HURAIAN
*Rasulullah SAW menjadi ikutan umat sepanjang zaman dalam semua hal , baik sudut ibadat mahupun urusan kehidupan seharian .
*Segala ucapan , tindakan dan pengakuan Baginda perlu diambil dengan cermat supaya tidak berlaku penyelewengan fakta dan seumpamanya .
*Mengada adakan sesuatu dalam agama kononnya dianjurkan Rasulullah SAW , sedangkan baginda tidak pernah berbuat demikian adalah satu kesalahan besar dan ancaman adalah neraka .


No comments:

Post a Comment