Friday 1 March 2013

~ Jadi yang terbaik pada Temu janji PERTAMA ~



~ Jadi yang terbaik pada Temu janji PERTAMA ~
a- Kamu mestilah memberitahu ibu bapa secara berterus-terang  akan rancangan temu janji .
    Seeloknya kamu memberikan informasi yg lengkap mengenai temu janji tersebut . Paling penting
   sekali kamu mestilah membawa teman bersama bukan hanya berdua .

b- Semasa menerima jemputan jejaka , elakkan terus menjawab “ya” sebaliknya setelah tiga kali dipelawa barulah kamu boleh menjawab “tengoklah” menandakan kamu bersopan dan tidak  tergopoh-gapah dengan ajakan yg diberikan .

c- Si gadis perlu bersiap lewat sedikit dari masa yg dijanjikan walaupun si jejaka datang tepat pada
    waktunya agar ia tidak kelihatan seolah-olah kamu teringin sanagt berjumpa jejaka tersebut .

d- Sekiranya diajak bersia-sia , pastikan waktu yg digunakan tidak terlalu lama atau terlalu jauh agar masing-masing tidak berasa letih .

e- Sebaik-baiknya elakkan diri kamu daripada ditawarkan sebarang hadiah kerana takut termakan
budi dan seterusnya tidak mustahil kamu boleh tergadai “body” .

f- Pemilihan tempat temu janji juga penting . Elakkan berjumpa di tempat yg terlindung atau sunyi kerana ia boleh mengancam keselamatan si gadis dan jejaka dari gangguan iblis .

g- Gadis yg mementingkan harga diri dan kehormatan perlu menentukan tempoh temu janji tersebut .Elakkan berjumpa terlalu lama kerana perkara yg tidak elok boleh berlaku bila-bila masa sekali gus
membimbangkan kedua ibu bapa jika kamu pulang lewat .

h- Seeloknya waktu temu janji dilakukan selepas waktu solat .

i- Sekiranya , si jejaka memberikan hadiah  , kamu haruslah terima seadanya tanpa memberi sebarang komen atau meminta lebih .

j- Sekiranya temu janji tidak dapat dipenuhi , berilah alasan yg munasabah supaya tidak mengguris
hati si jejaka .

 *Lahir sebagai gadis yg lemah lembut dan bersopan santun memerlukan peribadi yg tinggi setiap
masa tidak kira di mana jua kamu berada . Anak gadis yg masih mengamalkan budaya hidup di Timur tidak dibenarkan untuk keluar malam terutama sekali dengan lelaki yg bukan muhrim . Untuk janji temu yg pertama , si gadis perlu bijak mengatur langkah agar tidak dilabel sebagai “gatal”.

No comments:

Post a Comment