Friday 1 March 2013

~ 6 SEBAB SI SI DARA JELITA MASIH ‘Single’ ~

Bukan semua si gadis jelita atau anggun sudah berunya . Sekiranya benar , anda mungkin pernah tertanya-tanya mengapa sehingga hari ini anda tidak bertemu pasangan hidup . Anda dikurniakan Allah rupa paras yang sungguh cantik , berkerjaya hebat dan memiliki segalanya . Namun , jauh di sudut hati masih terasa sunyi tanpa cinta daripada kaum Adam . Ikuti enam sebab berikut :

TERLALU JUAL MAHAL
*Kebiasaannya , si gadis jelita ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka . Keegoannya agak tinggi ,. Mungkin si jelita merasakan dirinya digilai ramai . Tetapi , ingatlah kesombongan itu bakal memakan diri anda kelak ! Makanya , bermurahlah hati untuk melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja .

TERLALU KOMITED DENGAN KERJAYA
*Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta . 0rang cantik ini barangkali terfikir yg mereka mudah utk mendapatkan cinta pada bila-bila masa . 0leh kerana itulah cinta sentiasa menjadi n0mbor dua dan kerjaya jatuh n9mbor satu . Namun , mereka lupa usia tidak menunggu kita . 0leh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja , sehingga ke hari ini masih sendiri lagi .

PERNAH DIKECEWAKAN
0leh kerana terlalu serik bercinta , si jelita lebih bahagia bersendirian . Biarpun terlalu banyak yg dating menagih cinta , namun masih belum dapat mengubati lukanya . Baginya , dia tidak perlu mensia-psiakan hidupya denagn lelaki yg tidak pandai menghargai dirinya . Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta .

PERSEPSI SUKAR DIDEKATI
Kaum Adam biasanya menganggap si jelita agak sukar untuk didekati apatah lagi untuk dijadikan sebagai pasangan istimewa . Kononnya , banyak cabaran yg perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-psaingan yg merebut cintanya .Apabila semua sudah beranggapan demikian , maka sampai ke tualah si jelita membujang .

MENCARI PASANGAN IDEAL
Pipit sama pipit , enggang sama enggang . Masakan boleh terbang sama .Begitulah kata pepatah . 0rang cantik pastinya mencari orang yg sepadan dengannya . Namun , harus diingat bukan semua 0rang bertuah boleh hidup bersama dengan insane yg diimpikan . Akurlah pada jodoh yg dating .

BANYAK PILIHAN
Aduh … pening kepala memilih yg mana satu sesuai dijadikan teman hidup . Kalau pilih yg disana , di sini akan terluka . Kalau pilih yg di sini , di sana pulak yg kecewa . Akhirnya dua-dua ditolak . Makanya 
jadilah ‘Single’ sehingga ke hari ini !

No comments:

Post a Comment