Friday 1 March 2013

~ ASAL TAHU JAGA BATAS ~


                              ~  ASAL TAHU JAGA BATAS ~
* Sudah jadi kemestian pasangan kekasih muda untuk keluar temu janji atau ‘dating’ . Kononya mengenali hati budi tetapi sebaliknya , percubaan untuk mengenali bentuk ‘body’ !
     ( Bohong kalau kata tidak pernah , tapi realitinya memang temu janji dengan orang yang kita sayang menyeronokkan . Kira jalan pulang ke rumah senyum sampai ke telinga . Ikuti kisah manis ‘dating’ dan hokum di sebaliknya bersama MURSHID EUNOS ..

Kali pertama keluar memang Cuma bersembang , kenal-kenal dan hanya berlaga bahu . Malamnya pulang ke rumah , berhubung di telefon , berbual sampai habis kredit RM10 .

      Lelakinya bijak mengayut , boraknya manis mengalahkan aiskrim .Si gadis pula tersenyum sipu memeluk bantal sambil berbaring , cair dengan segala cerita ibarat  rumusan mengenai pertemuan siang tadi .

      Kurang dari seminggu , lebih teruknya malam esok , ‘dating’ kali kedua dan mulalah adegan pegang tangan dan memeluk bahu . Tengok wayang dan rasa disayangi selepas si lelaki belanja makan adalah fakt0r utama anak gadis membiarkan saja mereka disentuh kerana kononya , inilah cinta!

       Memang kedengarannya kelakar , tapi itulah kisah sebenar yang berlaku kepada sebilangan besar remaja hari ini . Geli atau meloyakan , insiden pertama kali temu janji adalah kenangan dan pengalaman manis buat semua orang muda .

      Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri pernah mengatakan , saat bercinta ,bau kentut pun wangi . Kiranya , apa saja yang berlaku sepanjang bercinta memang indah .

      Tpi yg menjadi isunya adalah kesilapan dan penyalahgunaan terma ‘dating’itu di kalangan remaja .

      Jalan-jalan 15 minit saja di Suria KLCC umpamanya , lebih 100 pasangan remaja bercinta akan melintas dengan gelagat pelbagai . Pegang tangan , peluk pinggang dan lebih kronik bercumbu macam semua orang di sekeliling adalah patung lilin .

      Ramainya antara mereka adalah Islam dan lebih membuatkan segelintir menggelengkan kepala apabila gaya mereka mengalahkan pasangan berkelamin . Kalau terang dan di tempat awam sudah begitu , apa cerita pula kalau mereka di dalam panggung wayang , gelap dan kebetulan menonton cerita  hantu!

      Itu yang membuatkan persepsi 0rang negative terhadap budaya ‘dating’ .

       Tidak salah untuk mengenali pasangan sebelum berkahwin , melalui cara ‘dating’ tapi tidak bolehlah keluar berdua kerana bukankah sudah diingatkan banyak kali , akan wujud 0rang ketiga iaitu syaitan apabila dua 0rang bukan mahram duduk bersama .

       Percaya atau tidak , atau ada yang buat-buat tak percaya yang ‘dating’ itu HARAM!

         Ayat al-Quran ada menyebut : “ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah yang keji dan suatu jalan yang teruk .”

           ‘Dating’ atau keluar bertemu janji berdua-duaan adalah contoh perbuatan yang mendekatkan sese0rang kepada zina . Keran itu jatuh hukumnya haram .

         Seel0k-eloknya , keluarlah bersama mahram sekali . Angkut mak ,ayah ,abang dan paling senang yang acap kali dilakukan , bawa adik kecil bersama kalau nak ‘dating’ , senang cerita . Tak adalah nak merayap-rayap tangan tu!

                       # MANA BOLEH UBAH HUKUM!
    ‘Dating’ mengikut takrifan andalah temu janji berdua , lelaki dan   perempuan dan tidak ditemani mahram . Ia memang tidak b0leh dan satu larangan walaupun di tempat awam kecuali berurusan yang tidak menimbulkan fitnah .
     
      Jelas juara Imam Muda musim pertama sendiri , Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan , mana mungkin kita mengubah hokum yang sudah ditetapkan .

       “Justeru ‘dating ‘ itu memang tidak dibenarkan dalam Islam walaupun tidak melakukan maksiat sekalipun . Ada juga yang memberi alasan yang syaitan itu tidak wujud antara dua insane bukan mahram apabila mereka tidak melakukan perkara terlarang .

       “Realitinya walaupun mereka tidak berjaya dihasut oleh syaitan sekalipun , perbuatan keluar  berdua bukan mahram adalah dilarang ,” katanya .

No comments:

Post a Comment