Friday 1 March 2013

~ CARILAH KAWAN BAIK PEKERTI ~

Alaqamah berpesan kepada anaknya : “Wahai anakku ! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang , hendaklah engkau memilih orang yang bersifat demikian (iaitu antaranya) :

     * Jika engkau berbuat baik kepadanya , dia akan melindungimu .
     *Sekiranya engkau merapatkan persahabatan dengannya , dia akan membalas baik persahabatan
        -mu itu .
     *Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berbentuk bantuan kewangan  dan seumpa-
        manya , dia akan membantu .
     *Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu , dia akan menutupnya .
     *Sekiranya engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya , dia akan mengusahakannya .
     *Sekiranya engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) , dia akan menanyakan
        kesusahanmu .
      *Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya , dia akan menerima dengan baik .
      *Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu , dia akan menghargai dan    
         menyebut  kebaikanmu .           
       *Jika datang sesuatu bencana menimpamu , dia akan meringankan kesusahanmu (iaitu mem-
         buat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu) .
       *Apabila engkau berkata kepadanya , nescaya dia akan membenarkanmu .
       *Sekiranya engkau merancangkan sesuatu , nescaya dia akan membantumu .
       *Jika engkau berselisihan faham , nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga
         kepentingan persahabatan .
                 Sementara itu , Saidina Ali dalam satu syairnya berkata : “ Saudaramu yang sebenar ialah
       orang yang sentiasa berada disampingmu , dia sanggup membahayakan dirinya demi
        kemaslahatanmu , orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu , sanggup
       mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu . “

No comments:

Post a Comment