~ Isu Cinta - Berkasih Atau Bersahabat Sahaja Isu Cinta ~
Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja? Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja? Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi
satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep
hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan
ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga
tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka
akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu
kita terjatuh.
Sedangkan kekasih, sebahagian
besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau
masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah
berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan
kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan
acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih menekankan
pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi
positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing
mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.
Mereka akan menegur jika ada
salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh,
meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama
kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar orang yang
bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka
memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi
apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus
mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka
cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita
sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih
banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu
buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas.
Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita
dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka
tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan
selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan
menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian
mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu.
Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin
hilang rasa sayang kerana rasa bosan.
Hubungan persahabatan dibina
atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus.
Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana
diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang
lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa
berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu
kering dan tidak enak lagi didengar. Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana
Allah..
No comments:
Post a Comment