Kenapa Wanita Sekarang Memakai Baju Ketat
Tetapi
pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan
dunia yangsemakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh
Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan
pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri
sendiri, “kenapa ?”
1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai
sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse
dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan
belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan
lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng
motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !
2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak
faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang
diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di
bahagian belakang tudung.
3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila
melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah
dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan
perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah
ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan
sejenis, apa yang hendak dikata?
5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan
dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini
kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu
kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet,
hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan danseks yang dirakam secara rela
atau tersembunyi.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

No comments:
Post a Comment