~ Sedang Couple, Perlukah Putus? ~
Di suatu hari, lepas solat Jumaat, seorang junior menemui seniornya.
Junior: Bro,
saya nak tanya sesuatu boleh?
Senior: Ya,
silakan.
Junior:
Seandainya saya ada dosa sebesar dunia, kemudian saya bertaubat. Adakah
dosa-dosa tersebut akan diampuni oleh Allah?
Senior:
InsyaAllah, segalanya mungkin dengan izin Allah. Taubat ertinya bukan sekadar
solat taubat, tetapi meninggalkan perbuatan dosa tersebut tanpa mengulanginya
lagi di masa depan. Sungguh-sungguh menginsafi sampai kiamat.
Junior: Baik.
Saya sebenarnya ada teman wanita. Couple la dengan kata lain. Jadi, adakah
berdosa perbuatan saya tu? Jika berdosa, adakah kami perlu putuskan hubungan
kami?
Senior: Berdosa
atau tidak sebenarnya orang yang bercinta lebih mengetahui apa yang mereka buat
bersama-sama ketika bercinta. Betul tak? Tak perlulah saya yang klasifikasikan
dosa itu, dosa ini. Orang yang bercinta ni bukan semuanya jahil. Majoritinya
cerdik pandai, tahu agama. Tahu beza halal haram. Tapi, ya lah. Manusia.
Berhadapan soal hati, hatta dia seorang ustaz sekalipun, kadang-kadang goyah
juga hati dan iman. Saya pun samalah.
Junior:
Em..rata-rata tempat mengatakan couple ini berdosa. Saya pun tahu apa yang saya
lakukan selama ini dengan teman wanita saya juga melibatkan perkara dosa.
Baru-baru ini saya buka facebook bro, ada nasihat-nasihat mengenai couple.
Timbul rasa insaf dalam diri ini. Jika teruskan, hati ini jadi tak tenang juga.
Kena clash ke? Sayang juga tu nak tinggalkan. Dia pun bukannya tak baik. Cantik
pun cantik. Kalau dalam pandangan saya ni, paling cantik lah.
Senior: Satu,
lelaki yang terbaik tidak akan mencintai wanita yang paling cantik namun akan
mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik di dunia dan akhirat,
dan juga menjadikan wanita itu cantik dunia dan akhirat bersama-samanya. Dua,
jika wanita itu ada potensi dididik, kenapa mahu putuskan? Sambungkanlah dengan
ikatan pernikahan. Dia dah sayang kamu sepenuh hati, kamu pun sama. Dia rela
dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu. Banyak masa dah terbuang untuk
fokus pada hubungan kamu berdua. Tak terkira sumpah dan janji. Dikhuatiri juga,
bila putus dalam keadaan begini kesan luka di hati pada pasangan akan
menjadikan keadaan bertambah buruk. Hati pun jadi bertambah kusut, sedih.
Kenapa nak sedihkan pasangan? Berilah berita gembira dengan melamar dari
walinya. Ajaklah dia berubah sekali ya.
Junior:
Em..kenapa pula kena putus?
Senior: Pada hemat
saya, ada beberapa sebab kenapa perlu putus:-
1. Pasangan masih student, baru-baru nak
masuk universiti. Langsung tidak bersedia untuk bekerja dan masih kabur cara
nak dapatkan kerja. Tak pandai berdikari sendiri lagi. Tapi ini cuma berlaku
pada student yang tidak berfikiran matang. Jika dah matang, masalah kerja ini
pasti dapat diatasi.
2. Lelaki atau wanita terlibat masalah
sosial yang teruk. Clubbing, penzinaan, lumba haram, dadah, pil dan sebagainya
yang dikategorikan sebagai sangat teruk. Bukan tak boleh berubah, tapi perlu
masa panjang.
3. Ketenangan yang tidak pernah muncul.
Bila bersama, hati gembira tetapi di sudut hati yang paling dalam tiada
ketenangan. Banyak sangat masalah timbul. Tidak percaya, prasangka berpanjangan
dan lain-lain. Bila dinasihat, tidak berubah.
4. Pasangan tidak ada keinginan untuk
bernikah, sekadar nak main-main. Sekadar nak ada teman lepaskan kebosanan dan
kesunyian. Buat apa nak kahwin dengan orang yang tak mahu kahwin?
5. Pasangan tidak sudi berubah walaupun
diajak untuk berubah.
Junior: Em..
Senior:
Fikirlah dalam-dalam. Saya minta diri dulu. ( berlalu pergi sambil menepuk
lembut bahu junior seraya membisikkan sesuatu pada junior )
Junior terkesima mendengar bisikan
tersebut.
Seminggu kemudian, junior dan pasangannya
itu pun akad nikah dalam keadaan yang serba sederhana. Sesuai bajet mereka
sebagai student. Senior datang ke walimah. Junior cepat-cepat bersalam dengan
senior dan memeluknya sambil menitiskan air mata.
Junior: Terima
kasih, bro. Kata-kata akhir bro pada saya tempoh hari benar-benar memberi kesan
yang mendalam pada hati ni. Terngiang-ngiang lagi di telinga ni:-
“Jika benar sayang Allah, buktikan dengan
segera menikahinya. Tak cukup duit tidak mengapa. Allah kan dah beri janjiNya
(janji rezeki dari berkatnya pernikahan). Jika benar cinta pada Allah, segala
halangan di depan bukan menjadi alasan. Redha Allah, redha Allah, redha Allah.
Dengan mengharap redha Allah, segeralah jumpa walinya. Jika perlu berlutut,
berlututlah. Jika perlu menangis, menangislah. Sayang Allah adalah suatu
perjuangan.”
Junior: Isteri
saya rupa2nya memang ada niat nak berubah. Dia pun di sudut hati, tidak suka
couple2 ni. Lalu, saya dah berpakat dengan isteri saya masa tu. Kami dah jual
handphone, laptop saya, dan campurkan semua simpanan kami. Akhirnya dapatlah
RM5ribu. Dah ada duit, saya pergi ke rumahnya dan pujuk parents dia sampai
dapat. Menangis pun dah. Macam drama dah pun. Akhirnya mereka setuju.
Alhamdulillah.
Senior:
Alhamdulillah :)
Junior: Jemput
makan-makan bro :)
Senior : Saya
datang sini bukan untuk makan, saya datang nak meminang kakak kepada isteri
kamu. :)
Junior dan isteri tergamam lalu
tersenyum.
Yup, jika kita nak jadi baik dan nak
benda baik, insyaAllah Allah mudahkan jalan ke arah itu.
No comments:
Post a Comment